30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sistem Tagal mampu mewujudkan ekonomi penduduk setempat

Antara penduduk dan para petugas menangkap bersama peralatan menangkap ikan.

RANAU: Sistem Tagal mampu mewujudkan ekonomi penduduk setempat serta memupuk perpaduan dan permuafakatan dengan para pengunjung luar disamping objektif utamanya untuk mengekalkan eko-sistem pelbagai hidupan air sungai.

Demikian harapan dan matlamat yang hendak dicapai mewujudkan Tagal Sungai Kepuakan dekat Kg.Togop Darat terletak  48 kilometer dari pekan di sini yang mula beroperasi sejak 2014 di bawah seliaan Jabatan Perikanan daerah Ranau.

Pengerusi Bombon Sungai Kopuakan Togop Darat, Gidam@Androow Gimih ketika ditemui semasa pembukaan Bombon di kampung itu baru-baru ini memberiahu, sejak penguat-kuasaan bombon berkenaan penduduk menarik menarik nafas lega kerana penggunaan racun seperti tuba dan bahan letupan telah dapat dikawal.

“Kita berterima kasih kepada Jabatan Perikanan Daerah Ranau kerana telah memberi bimbingan kepada kami terhadap pengurusan penjagaan bombon di sini”, jelas Gidam mewakili penduduk sambil menyifatkan majlis seumpama itu juga sebagai menuai ukuwah dan silaturrahim dikalangan penduduk dengan kakitangan Jabatan kerajaan.

Sempena pembukaan tahunan bombon itu penduduk telah menuai sejumlah 48 kilogram ikan namun agak menurun berbanding tahun 2023 mencecah 1 tan 200 kilogram. Penurunan hasil tuaian ikan itu berlaku atas faktor cuaca tidak menentu (banjir).

Pada pembukaan bombon itu juga pihak Jabatan Perikanan telah memilih sungai Kepuakan untuk  menjalankan kajian dimana setiap spesis ikan di sungai berkenaan diukur dan ditimbang untuk tujuan penyelidikan.

Sepanjang 2 kilometer sungai yang ditagal itu meliputi 3 Zon iaitu Zon Merah(khas untuk pembiakan sahaja), Zon Kuning(untuk memancing) dan Zon Hijau kawasan penduduk menangkap ikan namun khas untuk Kg.Togop Darat sahaja

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil daripada Jabatan Perikanan Daerah Ranau, Ramli Bin Raiman, Pengarah dan Ketua Unit Tagal Jabatan Perikanan Ranau, Bernedeth Joseph.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN