28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Sirajudin sempurnakan majlis Pecah Tanah Wakaf Tunai Surau Al Kausar JKN Labuan

Sirajudin menyerahkan cek Cura kepada Ridhwan sambil diperhatikan Mohd Nizam (kiri sekali) dan NAbd. Hakim

LABUAN: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajudin Suhaimee menyempurnakan majlis Pecah Tanah pembinaan Wakaf Tunai Khas surau Al-Kausar, Jabatan Kesihatan Negeri JKN) Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis pecah tanah surau berkenaan telah diadakan di dewan utama Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan pada Ahad.

Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah itu Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) JAKIM, Ahli MAIWP, Prof. Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Hanifuddin Roslan dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Ridhwan Abdullah.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau berkata, projek Wakaf Tunai Khas Surau Al Kausar merupakan projek Wakaf pertama yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan.

Sirajudin melakukan majlis pecah tanah menggunakan jentolak di tapak pembinaan surau Al Kausar.

Srajudin yang juga Timbalan Pengerusi MAIWP berkata pembinaan surau AlKausar merupakan kutipan wakaf tunai khas daripada individu yang dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan sasaran wakaf tunai keseluruhan untuk membina surau berkenaan sebanyak RM547,000.00 yang jika siap sepenuhnya boleh menampung sehingga 200 jemaah.

“Sehingga hari ini pihak PPZ MAIWP telah pun berjaya mengumpul wang wakaf itu sebanyak RM 393,487.55 iaitu melebihi 70 peratus daripada yang diperlukan.

“Kita memerlukan sedikit sahaja lagi untuk dapatkan dana tersebut dan kita yakin dana itu dapat dicapai seterusnya memulakan projek pembinaan surau Al Kausar” katanya.

Untuk rekod kempen kutipan Wakaf Tunai khas pembinaan Surau Al Kausar telah pun mula dilaksanakan pada 14 Febuari 2024 dan kempen ini akan berakhir pada penghujung bulan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN