31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sindiket judi Baccarat, Poker tumpas di Penampang

SERBU..sebuah pusat judi di Penampang, diserbu pada Rabu

PENAMPANG: Polis daerah ini berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian jenis Baccarat dan Poker, dalam satu serbuan di sebuah pusat komersial, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang,
Superintendan Sammy Newton, berkata serbuan yang dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang lebih kurang 8.30 malam turut berhasil menahan lima individu di lokasi.

“Lima individu yang ditahan terdiri empat lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing.

“Kesemua mereka berusia lingkungan 23 hingga 39 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Superintendan Sammy Newton

Menurut Sammy, pelbagai peralatan perjudian termasuk wang tunai berjumlah RM12, 260 dipercayai wang taruhan turut dirampas dalam operasi itu.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

“Saya menegaskan bahawa polis akan sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang penganjuran aktiviti perjudian di daerah ini.

“Justeru, masyarakat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa khususnya polis bagi membanteras kegiatan jenayah termasuk aktiviti perjudian,” tegas Sammy.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN