27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sifat berterus terang PM bukti keikhlasan beliau dalam menerajui kepeimpinan Kerajaan Perpaduan

RANAU: Sifat berterus terang Perdana Menteri Malaysia mengenai keperluan mendesak rakyat negeri ini khususnya isu gangguan bekalan air, elektrik dan kerosakan jalan raya membuktikan keikhlasan beliau dalam menerajui kepeimpinan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah), Kong Soon Choi berkata, tidak mungkin seorang Perdana Menteri berani mengemukakan isu besar itu di khalayak ramai jika beliau tidak ikhlas dalam pentadbirannya.

“Keterbukaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berani menyuarakan ketiga-tiga isu mendesak berkenaan membuktikan beliau amat serius untuk menangani isu yang membelenggu rakyat Sabah sejak sekian lama”. Katanya.

Kong yang juga Pengerusi Ko Nelayan Sabah berkata, Perdana Menteri merupakan contoh terbaik selaku pemimpin nombor satu negara kerana tidak menyembunyikan kelemahan pembangunan yang perlu ditangani segera.

Justeru katanya, beliau yakin kesemua isu tersebut mampu diselesaikan walaupun mengambil sedikit masa bagi membolehkan rakyat Sabah menikmati kehidupan lebih selesa.

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke beberapa lokasi disekitar daerah Penampang, Papar dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Rabu lepas, beliau secara terbuka menyatakan dalam ucapannya beberapa isu mendesak yang perlu diselesaikan segera termasuk bekalan air, elektrik dan kerosakan jalan raya.

Dalam program Temu Anwar di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara berseloroh Perdana Menteri menyatakan, kerosakan jalan raya di Sabah menyebabkan beliau kadang kala terasa seperti bukan menaiki kereta sebaliknya menaiki sebuah bot.

Dalam program itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM 3 juta untuk penyelesaian isu gangguan bekalan air di UMS.

Sementara pada Khamis, sejumlah RM 320.25 juta turut diluluskan kepada Kerajaan Sabah sebagai bantuan bagi menyegerakan pelaksanaan pelan jangka pendek menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN