30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Shahidan ucap tahniah kepada 3 atlet Labuan raih pingat di Sukan Sea 2021


GAMBAR: TAHNIAH… Shahidan (kiri) bersama atlet Karate, Mohd. Aiqal dan atlet sepak takraw, Nor Azirah (tiga dari kiri) pada majlis Perhimpunan Bulanan dan Semarak Aidilfitri di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada Isnin

LABUAN: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr.  Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada tiga atlet Labuan yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan Sea 2021 yang berlangsung di Hanoi Vietnam baru-baru ini.

Beliau menzahirkan ucapan dan berbangga dengan kejayaan atlet Labuan itu ketika berucap pada Program Perhimpunan Bulanan Perbadanan Labuan dan Majlis Semarak Aidilfitri  di Plaza  Berpayung Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada Isnin.

“Tahniah diucapkan kepada ketiga tiga atlet berkenaan dan tahniah juga kepada  pengurus, jurulatih dan Persatuan Silat, Karate dan Sepak Takraw wanita  Labuan yang berjaya melahirkan bintang di arena sukan” katanya.

Tiga atlet Labuan yang berjaya meraih pingat di temasya berprestij itu ialah Nor Azirah Suhaimi yang memenangi pingat gangsa dalam acara Sepak Takraw Wanita, Muhammad Aiqal Asmadie yang juga meraih pingat gangsa dalam sukan karate kategori Kumite (Lelaki Individu Kata) dan  Siti  Shazwana Ajak yang memenangi pingat perak bagi acara Silat Olahraga Tempur (Kelas E-65kg-70kg).

Sebelum ini katanya, Labuan juga   telah melahirkan atlet sukan boling padang  yang berjaya meraih pingat di Sukan Sea dan sukan bertaraf antarabangsa.

“Dengan kejayaan ini, saya optimis bahawa Labuan juga mampu menjadi hub bagi latihan sukan-sukan tertentu seperti sukan layar dan bola tampar pantai kerana Labuan sebagai sebuah pulau, amat sesuai untuk sukan-sukan seumpama ini” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN