27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Shahidan lancar Program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ MYGrocer  peringkat Labuan

GAMBAR: SIMBOLIK pelancaran Jualan Murah Keluarga Malaysia @MYGrocer oleh Shahidan (lima dari kanan) sambil diperhatikan Bashir (empat dari kanan), Haji Rithuan (dua dari kanan) dan Junaidah (kiri sekali)

LABUAN: Mentreri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim melancarkan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia @MYGrocer  peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di pasaraya Bataras, Jalan  Batu Arang di sini, pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Haji Bashir bin Haji Alias, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah Kementerian Perdagagang Dalam Negeri Hal Ehawal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Labuan,  Junaidah  Arbain.

Menurut kenyataan media dari Kementerian Wilayah Persekutuan, Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) akan dilaksanakan selama lima bulan  bermula Ogos ini sehingga Disember 2022 yang menawarkan harga subsidi kepada   lapan jenis barang keperluan asas pengguna.

Lapan jenis barang keperluan asas yang disenaraikan itu ialah  ayam segar/ayam bulat (kadar subsidi RM3.00), Telur ayam (kadar subsidi RM0.50 sen), Tepung gandum 1 kg (kadar subsidi RM0.20 sen), gula 1kg (kadar subsidi (RM0.15 sen), Sardin bukan premium 425gm (kadar subsidi RM0.50 sen), Beras bukan premium 5kg (kadar subsidi  RM1.50), Susu pekat 500gm (kadar subsidi RM0.70 sen) dan  Santan Kotak 200ml (kadar subsidi RM0.20 sen).

Program tersebut merupakan  inisiatif oleh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan membantu rakyat untuk mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.

 Selain pasaraya Bataras, jualan MYGrocer ini juga boleh diperolehi di pasaraya Savemore di Jalan Mohd Salleh Kampung Sungai Bangat dan pasaraya Family Mart Taman Perumahan Taman Bedaun.

Sementara itu, Shahidan ketika ditemui media pada majlis itu berharap Program MYGorcer yang dilancar di seluruh Wilayah Persekutuan akan dapat mengurangkan beban kewangan pengguna dengan penawaran harga barangan yang lebih murah.

“Program MYGrocer ini akan diperluaskan dalam skala yang lebih besar bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga yang lebih murah,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN