Ellron (enam dari kanan)bersama rombongan bergambar kenangan dengan pemimpin dan penduduk yang hadir pada majlis itu.
NABAWAN:Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin menyarankan agar setiap kampung di negeri ini memiliki padang bola sepak.
Katanya, ini amat penting bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak di negeri ini dan mencungkil bakat pemain diperingkat akar umbi.
“Kita mahu satu kampung, satu padang bola sepak bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak” katanya semasa berucap pada majlis “Kiat Kanawai” di Kampung Malampoi baru-baru ini.
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sook berkata, sejak akhir ini mutu sukan bola sepak di negeri ini menyaksikan penurunan.
Walau bagaimanapun katanya, Kementeriannya kini berusaha akan mengembalikan kegemilangan bola sepak di negeri ini dan berhasrat untuk mengetengahkan pemain-pemain bola sepak ke peringkat yang lebih tinggi.
“Begitu juga dengan sukan olahraga perlu dipertingkatkan” kata Ellron yang merupa bekas atlet kebangsaan yang pernah mewakili negara sehingga ke sukan Olimpik.
Pada masa sama Ellron berkata, Kememteriannya kini dalam usaha akan menyergamkan Gred semua Pegawai KKBS di setiap daerah daripada N29 kepada N41.
Beliau mengulas saranan seorang penduduk Epol Talu yang hadir pada majlis itu.
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik Kementerian Belia dan Sukan Jreneus Pagut, Pengurus Lembaga Sukan Sabah Osman Aganduk, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai, PPM Sook Tony Talasoi, Penyelaras Parti KDM Pensiangan Jackreson Kilan, Rudy Kawanit selaku pengerusi penganjur dan pemimpin-pemimpin masyarakat.