26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SERPIHAN TULANG MANUSIA DITEMUI DIBAKAR, SUSPEK DITANGKAP

DITEMUI …lokasi penemuan tulang manusia yang dibakar di kawasan hutan belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kipaliu, Ranau.

RANAU: Serpihan tulang disyaki tulang manusia ditemui dalam kawasan hutan Kampung Kipaliu, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 18 April, lebih kurang 9.42 malam daripada seorang pengadu yang mendakwa telah menjumpai serpihan tulang manusia.

Menurut pengadu, serpihan tulang tersebut dijumpai telah terbakar di kawasan hutan belakang sebuah rumah tidak bernombor di kampung tersebut.

“Pengadu mengesyaki tulang yang ditemuinya itu dipercayai milik bapa saudara pengadu berusia 68 tahun yang hilang sejak 16 April lalu.

“Walau bagaimanapun, kesemua serpihan tulang yang dijumpai akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan DNA”, katanya kepada media, pada Jumaat.

DSP SIMIUN

Susulan kejadian itu, DSP Simiun berkata, pada 19 April, lebih kurang 10 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau telah berjaya menangkap seorang suspek lelaki berumur 50 tahun untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang ditangkap tidak jauh dari lokasi kejadian merupakan anak saudara sendiri kepada mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kejadian bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, DSP Simiun menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut yang boleh menggangu siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Polis Daerah Ranau di talian 088875222.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN