31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 953 KIR menerima bantuan bakul makanan

Robert (tiga dari kanan)menyampaikan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

KENINGAU:Seramai 953 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam senarai e-Kasih masing-masing menerima bantuan bakul makanan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN )N.40 Bingkor.

Majlis penyampaian bantuan tersebut disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK )Bingkor dekat sini hari ini.

Robert yang juga wakil rakyat Bingkor ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan berkenaan berkata, 

selain bantuan kepada KIR dibawah e-kasih , dianggarkan sejumlah 7,991 KIR, B40 bagi daerah dalam mada terdekat ini akan menerima bantuan sama.

“Kelulusan sudah ada, mungkin minggu depan kita akan agihan kepada B40” jelasnya.

Pada masa sama , beliau turut meningatkan penduduk setempat di daerah ini agar terus mematuhi Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan dalam membendung penularan jangkitan covid 19.

Majlis itu berjalan mengikut SOP PKP di mana ia hanya disampaikan kepada pemimpin masyarakat untuk diagih-agihkan kepada masyarakat dibawah jagaan masing-masing.

Hadir sama dalam sesi agihan tersebut,Pegawai Daerah Keningau Hassan Mahali, Inspektor Azizan Januin, wakil kepada OCPD Keningau, Pegawai Kebajikan Keningau Ali Hassan dan Pegawai Pertahanan Bakri Isnin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN