Sebahagian JPKK N.38 Paginatan merakam gambar bersama Datuk Abidin dan Kenny (depa).
RANAU: Seramai 80 orang Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan mengikuti program Info On Wheels anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Ranau di Dewan Belia Sukan daerah itu pagi tadi.
Turut menghadiri program itu ialah 8 orang dari Unit Pemba gunan Masyarakat (UPPM) Paginatan diketuai PPM Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir dalam ucapanny memuji komitmen JaPen Ranau kerana menganjurkan program yang amat penting itu untuk memberi kefahaman kepada JPKK tentang kebaikan menerima imunisasi vaksin bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini belum berakhir.

Dr.Wong ketika menyampaikan ceramah.
Menurutnya, JPKK punyai peranan penting untuk menyebar luaskan maklumat sahih danbtepat mengenai kepentingan imunisasi vaksin
Covid-19.
“Lindung diri Lindung Semua’ “jelas Abidin., Ssambil menegaskan JPKK sebagai mata dan telinga kerajaan bukan dalam aspek kemajuan dan keselamatan kampung malah untuk menyampaikan isu- isu penjagaan penduduk kampung termasuk isu penyakit-berjangkit seperti penularan Covid-19.
“JPKK berperanan penting menyebar luaskan kebaikan mengikuti imunisasi Vaksin Covid-19.
“Tidak perlu takut atau risau denga suntikan vsksin itu sebab ia sudah diteliti oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dari segi kesihatan”, jelas Datuk Abidin sambil memaklumkan bawa beliau sudah selesai mengambil dua suntikan vaksin dan mengakui tiada yang perlu dirisaukan.
Turut menyampaikan ceramah mengenai Covid-19 ialah Dr.Wong dari Jabatan Kesihatan Ranau, sementara turut berucap ialah Pegawai JaPen Ranau, Kenny Thomas dan PPM Paginatan, Mohd Hisyamuddin Bin Harun.