25 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 63 orang penduduk  Kg.Langkuag sertai PPBM

Mutusami(tiga kiri) menyerahkan borang menyertai Bersatu kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.

RANAU: Seramai 63 orang penduduk  Kg.Langkuag Lohan di sini, mengambil keputusan beramai-ramai  menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bersatu, dengan mewakilkan  Mutusami Bin Gadis untuk menyerahkan borang mereka kepada mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap mantan Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada satu majlis ringkas yang diadakan di Kg.Langkuag baru-baru ini.

Mereka yang menyertai Bersatu itu ketika ditemui memberitahu, bahawa penyertaan mereka ke parti Bersatu adalah atas kesedaran, kerelaan dan keputusan  mereka sendiri tanpa dijanjikan sebarang keistimewaan.

“Kami menyertai parti Bersatu atas kerelaan kami sendiri kerana melihat  parti itu dapat membela  nasib rakyat dan masa depan kami”, jelas Mutusami sambil memaklumkan masih ramai lagi mengikuti jejak langkah mereka dalam masa terdekat untuk menyertai parti Bersatu.

Pengurusan parti Bersatu Ranau, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang menyerti memberi a
sokongan terhadap parti Bersatu dan mengharapkan kepada mereka agar ikhlas dan jujur serta tidak mengharapkan sesuatu habuan sebaliknya atas kesedaran mereka sendiri dengan melihat parti Bersatu adalah sebuah parti yang boleh membawa kemajuan kepada rakyat tanpa membezakan kaum, agama dan idologi politik.

Hadir menyaksikan penyerahan borang itu ialah, Staff Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN