KENANGAN…Para peserta merakam gambar bersama Jurulatih mereka.
RANAU: Seramai 60 orang menyertai International Coaching Clinics For Hammer Throw dan High Jump kendalian Cahaya Mata Sarawak di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini.
Kejurulatihan itu memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada para peserta bagi mengendali kedua-dua acara ke arah pencapaian yang terbaik disemua peringkat.
Program yang julungkali diadakan di Ranau itu, telah di kendalikan dua orang Jurulatih berpengalaman iaitu, Yunaika Crawford Rogert (Specialty Hammer Throw) dengan pencapaian terbaik 73.16m yang juga merupakan pemenang Pingat Gangsa Olimpik pada tahun 2004 dan Jorge Luis Alfera Quinenes (Olympic High Jump Coach) kedua-dua mereka berasal dari Cuba.
Kejurulatihan selama 3 hari itu (6-8 Jun) telah mendapat kerjasama dengan Sabah Athletics Association dan Malaysia Federation.
Turut hadir dalam Kejurulatihan itu ialah, Technical Director of Athletics Malaysia, Robert Ballard.
Robert ketika ditemui mengharapkan kepada semua peserta supaya mempraktikkan segala pengalaman yang diperoleh sepanjang program bagi melahirkan para Atlet kelahiran Sabah khususnya dari daerah Ranau.
“Praktikkan segala pengalaman dan pengetahuan yang kamu peroleh sepanjang kejurulatihan ini bagi melahirkan jaguh-jaguh Ranau dalam acara ‘Hammer Throw’ dan ‘High Jump”, jelas Robert sambil berterima kasih atas bimbingan dari kedua-dua Jurulatih dari Cuba.