25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SERAMAI 401 BELIA SEKITAR PEKAN RANAU SERAH BORANG KEAHLIAN PBRS

Gambar atas: Ewon (tangah) merakam gambar bersama Kelvin, Addy, Richard dan sebahagian belia pekan Ranau serta rombongan yang hadir pada majlis itu.

RANAU: Seramai 401 Belia dan Beliawanis sekitar pekan Ranau menyerahkan borang bagi menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Borang berkenaan diserahkan kepada Penyeras PBRS Parlimen 179 Ranau, Datuk Dr.Ewon Ebin, dalam satu majlis ringkas di Dewan Cung Chu Kong  Kung, di sini pada Sabtu.

Ia diserahkan oleh Kelvin Chua mewakili  Pusat Daedah Mengundi (PDM) Pekan, manakala PDM Sumaang diwakili Addy Chan. Kedua-dua PDM berkenaan dalam Dun Karanaan.

Ewon dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kemasukan warga belia sekitar pekan Ranau ke dalam PBRS yang merupakan parti tempatan berbilang kaum dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusan mereka untuk memilih menyertai PBRS adalah tepat pada waktunya. Ini kerana katanya, PBRS berada dalam kerajaan dan di landasan yang betul dalam perjuangannya membangunkan negeri Sabah khususnya daerah Ranau dalam pelbagai sudut.

SERAH BORANG…Kelvin (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Ewon, sambil disaksikan yang lain

“Kemasukan beramai-ramai ke dalam PBRS pada hari ini membuktikan PBRS masih relevan dalam agenda perjuangannya membela nasib rakyat Sabah terutama sekali pembangunan infrastruktur, pendidikan dan ekonomi.

“Kita amat yakin, belia-belia atau generasi muda yang ada pada hari ini mempunyai banyak idea segar dan kreatif untuk¬† menyumbang kepada pembangunan daerah Ranau,” katanya.

Ewon berkata, penglibatan golongan belia di daerah ini dalam arena politik tempatan juga dialu-aluakan, dan pemilihan PBRS sebagai platform perjuangan adalah tepat.

Jelasnya, keberadaan PBRS dalam kerajaan yang ada sekarang khususnya Kerajaan Persekutuan, membolehkan parti ini membawa suara rakyat Sabah terus kepada pucuk pimpinan.

Dalam masa yang sama, Ewon berkata  generasi belia yang ada pada hari ini bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa hadapan untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan Ranau.

ADDY (kiri) mewakili belia-belia PDM Sumaang untuk menyerahkan borang keahlian kepada Ewon

“Justeru, generasi belia di sini perlu bersedia dan belajar untuk menjadi pemimpin kerana pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini termasuk saya sendiri dan yang lain-lain pasti akan tiba masanya untuk berundur.”

“Saya yakin dan percaya, akan ada dalam kalangan belia-belia yang hadir pada majlis hari ini bakal menjadi calon pada pilihanraya akan datang dan menjadi wakil rakyat,” ujar Ewon.

Merujuk kepada situasi semasa politik negara, Ewon yang juga mantan Ahli Parlimen Ranau, mengajak rakyat di daerah ini terutamanya pengundi-pengundi muda supaya tidak lagi terpangaruh dengan janji-janji manis yang ditaburkan parti pembangkang yang merujuk kepada Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ewon, BN kalah pada PRU14 (2018) yang lalu adalah disebabkan sentimen, fitnah dan janji-janji tidak masuk akal yang dimainkan PH pada ketika itu.

“BN tumbang bukan kerena BN lemah tetapi PH berjaya mengelirukan dan menipu rakyat atau pengundi pada ketika itu. Mereka menabur janji terang bulan kepada rakyat Malaysia.

“Sebagai contoh, pada ketika itu PH menjadikan GST sebagai sebahagian senjata kempen mereka dengan mengatakan sekiranya PH menang, GST yang dianggap menjadi beban rakyat akan dihapuskan serta-merta.

“Namun apa yang berlaku, selepas PH menang dan memerintah, pemansuhan GST tidak memberi keistimewaan kepada rakyat, malah rakyat makin terbeban dengan kenaikan harga barang yang berterusan.

“PH juga pada ketika itu berjanji, sekiranya mereka menang, harga minyak akan turun, namun yang berlaku sebaliknya.

“Begitu juga dengan PTPTN, PH dalam kempennya berjanji akan menghapuskan hutang PTPTN. Janji itu berjaya mempangaruhi ratusan ribu peminjam untuk menolak BN dan berkempen untuk mengundi PH pada ketika itu” jelas Ewon.

Mengambil iktibar itu, Ewon mengingatkan rakyat termasuk pengundi-pengundi muda di kawasan Parlimen Ranau agar sedar dan tidak lagi tertipu dengan janji -janji PH menjelang PRU-15 yang akan datang.

GIMIK PERASMIAN..Ewon melalukan balingan sebagai gimik perasmian pertandingan dart di Dewan Tokong Chun Chu Kong, Ranau pada Sabtu lalu

Sementara itu, Ketua Pemuda PBRS Ranau, Richard @ Boy Wen, dalam ucapan alu-aluannya turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelvin dan Addy bersama ratusan belia lain di sekitar Pekan Ranau kerana memilih parti PBRS-BN sebagai landasan politik mereka.

Richard berkata, masih banyak agenda yang perlu dilakukan ke arah menjadikan daerah Ranau membangun selaras dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’.

“Untuk merialisaaikanya, saya mengajak belia-beliawanis khususnya rakan-rakan yang baharu saja menyertai PBRS supaya tampil memainkan peranan mereka dalam mencapai aspirasi rakyat Ranau menerusi idea-idea segar dan kreativiti masing-masing,” gesa Richard.

Pada majlis itu, Ewon turut diberi penghormatan menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Dart ‘1st Ladies & Double Dart HHDC Tournament 2022’ yang dianjurkan Pemuda Tokong Cung Chu Kong, Ranau.

Turut hadir, Ketua Bahagian PBRS Dun Kundasang, Japirin Sahadi, Datin Dana Untol dan barisan AJK Penyelaras PBRS Parlimen Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN