27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 40 muslimin, muslimat sekitar Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor hadir program Ambang Ramadan

Ustaz Haji Kalana (lapan dari kanan), bersama Haji Yazid (tujuh dari kanan dan Imam Juslin (enam dari kanan) bergambar dengan Jemaah yang hadir.

KENINGAU: Seramai 40 orang muslimin dan muslimat di sekitar Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menghadiri Program Di Ambang Ramadan anjuran Biro Pendidikan Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid itu.

Sempena dengan program tersebut
Pegawai Takbir Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah ( JHEAINS) Keningau
Ustaz Hj Kalanq Lias menyampaikan cermah yang bertajuk Ambang Ramadan.

Turut hadir di program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Imam Juslin Ibrahim.

Timbalan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said yang juga Pengarah Program tersebut berkata, program itu amat bermanfaat sebagai persiapan menjelang bulan Ramadan dalam tempoh hari dua lagi.

Katanya, program tersebut telah diadakan setiap tahun yang mendapat sambutan Jemaah Masjid.

Kamaruddin mengucapkan terima kasih kepada Hj Kalana atas Kehadiran dan seterusnya menyampaikan ceramah amat berfaedah kepada yang hadir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN