Ghani (tengah)bersama petugas barisan hadapan yang turut menerima suntikan vaksin.
NABAWAN:Setakat hari ini seramai 311 petugas barisan hadapan di daerah Nabawan bagi fasa pertama ini telah divaksin pfizer biontech bagi mencegah jangkitan covid 19 di Klinik Kesihatan Nabawan.
Turut menerima suntikan vaksin berkenaan , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin.
Ghani semasa menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan hari ini.
Ketika ditemui media selepas menerima vaksin tersebut, Abdul Ghani berharap penduduk sekitar di daerah ini agar bersama-sama mendapatkan imunisasi dalam memutuskan rantaian jangkitan covid 19.
“Harapan saya pada semua, yakinlah bahawa vaksin ini selamat dan boleh digunakan dan saya harap tidak ada persepsi yang negatif untuk penerima vaksin ini” katanya.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) mengharapkan agar masyarakat khususnha di daerah mendaftar di My Sejahtera untuk mendapatkan vaksin ini.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Nabawan Doktor Nur Ain Adam berkata, dalam memastikan program imunisasi di fasa seterusnya sampai kepada penduduk setempat memandangkan sebahagian perkampungan tidak mempunyai askes internet dan perhubungan jalan yang baik pihak kesihatan daerah Nabawan akan berkerjasama dengan pejabat daerah Nabawan bersama pemimpin setempat untuk mengenalpasti penduduk di kawasan masing-masing bagi membolehkan mereka mendapat vaksin ini.
“Kami minta kerjasama dengan pejabat daerah, Ketua-Ketua Kampung mengenal pasti penduduk dan daftar secara manual supaya mereka mendapat pemberian vaksin” katanya.