Haji Yazid (duduk lima dari kanan)mengabadikan gambar kenangan bersama peserta.
KEENINGAU:Seramai 30 orang penduduk telah mengikuti Bengkel Pengurusan Jenazah Peringkat Kampung Kota Ayangan dekat sini pada Sabtu.
Majlis penutupan Bengkel sehari itu yang berlangsung di Dewan Kampung berkenaan disempurnakan oleh Ketua Biro Pendidikan Star Sabah DUN N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles mewakili ADUN N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @Nordin
Kursus tersebut dianjurkan oleh Biro Agama Masjid Ar Rasyid Kota Ayangan dengan kerjasama JPKK Kampung Kota Ayangan.
Haji Yazid yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Starsabah Bahagian Bingkor dalam ucapannya menyifatkan Bengkel yang diadakan itu adalah amat berfaedah bagi mendedahkan ilmu pengurusan Jenazah dikalangan AJK Masjid.
Katanya, Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua umat Islam.
” Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman” jelasnya.
Pada masa sama Haji Yazid mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas daya usaha mengadakan Bengkel tersebut.
Beliau berharap program keagamaan serupa itu dapat diadakan dari masa ke semasa.
Turut hadir Ketua Kampung Kota Ayangan Musa Numan dan Pengerusi JPKK Kampung Kota Ayangan Jamatin Kuman.