33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 30 golongan asnaf di Kg. Binaong terima sumbangan bakul makanan

Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf di Kampung Binaong.

KENINGAU: Seramai 30 golongan asnaf di Kampung Binaong menerima bakul makanan yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik@Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyerahkan sumbangan itu
pada Majlis berbuka puasa di Masjid Nur Islam Kg Binaong.

Menurut Robert, sumbangan seumpama ini adalah diberikan kepada golongan asnaf setiap tahun pada bulan Ramadan.

Robert berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan keperluan golongan berkenaan di musim bulan Ramadan ini.

Pengerusi Masjid Nur Islam Kg Binaong Haji Zaki Haji Zakaria mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan bakul makanan tersebut.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Tadbir JHEAINS Keningau Haji Kalana Lias, Ketua Penolong SPRM Cawangan Keningau Swartz Nasution, Wakil Ketua Anak Negeri Anggi Khatil, Ketua Kampung Kg Binaong Marukip @ Marukit Itah, Pengerusi JKKK Kg Binaong Ambrose Salangkan, Ketua Biro Pendidikan Dan Agama DUN Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Pemimpin-Pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN