32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 260 penduduk DUN Kundasang terima bantuan

OLEH: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Seramai 260 orang lagi penduduk dari kawsan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang menerima sumbangan bantuan daripada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin.

Kampung-kampung terlibat dan bilangan penerimsnya ialah, Kg.Namaus Sugut (42 orang), Kg.Karagasan (48 orang), Kg Kawiyan (22 orang), Kg.Giring (24 orang), Kg.Manikulau (52 orang), Kg.Kilanas Kirokot (34 orang) Dan Kg.Keiyip (37 orang).

Semua sumbangan berupa  keperluan dapur itu telah disampaikan oleh wakil Jonathan di setiap Kampung/Mukim.

Jonathan ketika dihubungi mengharapkan sumbangan tersebut  dapat meringankan beban kepada para penduduk yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan Covid-19 sejak 18 Mac lalu.

ANTARA penerima sumbangan daripada Parlimen Ranau.

“Saya difahamkan sepanjang PKP ini, ramai penduduk yang tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka seperti perniagaan atau tidak dapat keluar berurusan ke pekan sesuka hati, justeru mereka  yang tidak berkemampuan (miskin), Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu-ibu tunggal harus kita bantu”, jelas Jonathan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau, mengharapkan agar penduduk sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa seperti “Stay At Home’ (diam dalam rumah) bersama keluarga tersayang sepanjang PKP, jangan keluar rumah sesuka hati dan jaga kebersihan  diri. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN