27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 107 peserta berbasikal jayakan program ‘Funride’

Robert semasa melakukan flag off peserta Funride di Taman Bandukan Riverside Resort.

KENINGAU:Seramai 107 menyertai Funride anjuran Kelab Berbasikal Bingkor dan Taman Bandukan Riverside Resort baru-baru ini.

Program yang bermula  di Taman Bandukan Riverside Resort  dengan kayuhan sejauh 16 kilometer itu rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Datuk Robert Tawik @ Nordin yang kemudian melakukan flag off kepada peserta.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, program seumpama ini memberi manfaat kepada peserta kerana selain mengumpul dana ia juga baik untuk kesihatan dan mengekalkan kecergasan tubuh.

Sehubungan dengan itu Robert menggesa mana-mana persatuan dan kelab di daerah ini supaya giat melakukan program-program yang berfaedah kepada ahli dan masyarakat keseluruhannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN