Haji Yazid (tengah) merakamkan gambar dengan sebahagian penerima bantuan bakul makanan itu.
KENINGAU: Seramai 100 orang asnaf menerima bakul makanan yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles sempena Majlis Berbuka Puasa bertempat di Taman Bandukan Riverside Resort.
Majlis Berbuka puasa yang dianjurkan oleh Persatuan Pengerak Masyarakat Keningau dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor ditaja oleh Perbadanan Biatulmal Negeri Sabah.
Pengerusi Pengerak Masyarakat Keningau Muhammad khairi Mabin Abdullah berkata Majlis tersebut adalah julung julung kali diadakan di sini.
Katanya, program serupa itu akan diteruskan di tahun-tahun akan datang.
Khairi mengucapkan terima kasih kepada kepada Perbadanan Biatulmal Negeri Sabah diatas menaja Majlis Berbuka puasa.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan bakul makanan kepada 100 orang asnaf di sekitar Bingkor.
Sumbangan itu amat bererti sekali buat penerima penerima di masa bulan puasa dan akan menyambut Hari raya aidilfitri tahun ini.