RANAU: Harapan seorang warga emas, Kuying Binti Kailan 80, (gambar) yang juga seorang ibu tunggal dari Kg.Nabutan di sini, menaruh harapan setinggi ‘Gunung Kinabalu’ untuk mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberi perhatian pihak yang berwajib.
“Saya meminta dari seorang pengawal (tidak dikenali) untuk melengkapkan borang permohonan awal bulan ini, tapi saya datang di Bank Simpanan Nasional (BSN) pekan Ranau, tiada mendapat kemudahan BKM itu”, jelas Kuying ketika ditemui penulis di luar BSN Ranau pagi tadi.
Bagaimanapun, Kuying berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ranau kerana menolongnya untuk layak menerima bantuan kebajikan Warga Emas.
“Saya memohon kepada yang sudi membantu untuk membolehkan saya menerima BKM seperti warga emas yang lain”, tambah Kuying yang tinggal sebatang kara di Kg.Nabutan kerana ditinggalkan 6 orang anak (empat lelaki dan dua perempuan) yang semuanya sudah berkeluarga dan punyai tanggungan masing-masing.
Kuying mengharapkan bantuan BKM itu bagi meringankan beban dirinya yang terkesan dengan pandamek Covid-19, dan tiada menemaninya di kampung sejak suaminya meninggal dunia sejak belasan tahun yang lalu.



