27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seorang lelaki meninggal dunia semasa menunggu giliran mendapatkan vaksin

Beginilah keadaan mayat mangsa di tempat kejadian sebelum di hantar ke Hospital Keningau untuk siasatan lanjut.

KENINGAU:Hasrat seorang lelaki warga asing untuk mendapatkan vaksin Covid-19 tidak kesampaian apabila beliau rebah semasa berehat sambil menunggu giliran di bawah pokok di luar Kompleks Sukan Keningau pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP)Shahrudin Mat Husain berkata, bilik gerakan IPD Keningau menerima maklumat dari anggota polis dari IPD yang menjalankan tugas kawalan lalulintas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)di Kompleks Sukan Keningau lebih kurang jam 9.30 mengatakan ada seorang lelaki rebah dipercayai meninggal dunia di bawah pokok di luar kawasan Kompleks Sukan itu.

Katanya, bertindak di atas maklumat tersebut, sepasukan Pegawai Perubatan dari Hospital Keningau telah tiba di lokasi memberikan bantuan kecemasan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 

“Mayat mangsa tersebut seorang lelaki warga asing berusia 57 tahun telah dihantar ke Hospital Keningau oleh pasukan Covid-19 PDRM/KKM Daerah Keningau untuk siasatan lanjut” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa berjalan kaki dari kediaman di Kampung Pampang Keningau ke PPV Kompleks Sukan Keningau untuk hadir temujanji vaksin melalui aplikasi MySejahtera. 

Apabila sampai dilokasi katanya, mangsa telah duduk berehat di bawah pokok di luar Kompleks Sukan Keningau, mangsa tiba-tiba rebah di tempat kejadian.

Beliau memberitahu,  tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN