26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seorang lelaki maut dalam kemalangan di jalan Keningau – Nabawan.

GAMBAR ATAS– Beginilah keadaan kenderaan yang dipandu oleh mangsa.

KENINGAU:Seorang lelaki tempatan maut dalam kemalangan yang berlaku di jalan  Keningau – Nabawan kira-kira jam.12.30 tengah hari pada Jumaat.

Mangsa yang maut berumur 64 tahun dari Kampung Pandiwan Nabawan.

Ketua  Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP)Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku di KM.67 Jalan Keningau – Nabawan di Simpang Pekan Nabawan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motokar dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. 

Katanya, motokar dipandu oleh mangsa  bersama dua orang penumpang dari arah Pekan Nabawan menuju ke Kampung Pandiwan manakala kenderaan jenis pacuan empat roda dipandu oleh seorang lelaki berusian 39 tahun dari arah Tawau menuju ke Keningau.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila motokar yang dipandu oleh mangsa maut keluar dari simpang Pekan Nabawan menuju ke jalan utama, lalu dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda yang bergerak lurus” katanya kepada media di sini.

Akibat kejadian itu katanya, pemandu motokar meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua orang penumpang lagi hanya mengalami kecederaan. 

Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil siasatan mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian mangsa. Siasatan awal dijalankan dibawah seksyen 41(1) APJ 1987. Siasatan diteruskan.  Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN