ADVERTISEMENTspot_img

Senarai Penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Sabah 2026 Diumumkan

IIstana Seri Kinabalu


KOTA KINABALU: Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran Negeri Sabah bagi tahun 2026 menyaksikan ratusan individu daripada pelbagai latar belakang menerima pengiktirafan atas jasa dan sumbangan mereka kepada negeri dan negara.

Pengurniaan tersebut diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan Sabah keluaran khas hari ini.

Bagi darjah tertinggi, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima” dianugerahkan kepada tiga penerima iaitu Abdul Farish Abd Rashid, Mohd Khalid Ismail dan Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sementara itu, seramai 79 individu menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran “Datuk”, antaranya Abdul Rahman Kassim, Abu Bakar Gapar, Ahmad Ashraf Zaini Amat @ Haji Anwar, Azizi Ahmad Sarkawi, Chee Shok Ting, Chin Kiang Ming, Danesh Chandran Velaitham, Dayang Noorashikhin Zulkefli, Goh Aik Hwai @ Frankie Goh, Hazem Mubarak Musa, Henry Saimpon, Jasen Vun Vui Fen, Jessie Ting Shiok Chu, Karen Pamela Soh, Khir Junaidi Idris, Lee Kuok Tiung, Michelle Koh Sui Ling, Mohamed Zaim Mohamed Thajudeen, Mohammad Ghazali Hajiji, Mohd Kurniawan Naim Bung Moktar, Rossita Shapawi, Shamshor Jaafar, William Gotulis dan Zulkifli Suara.

Bagi Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pula, seramai 117 penerima terdiri daripada pelbagai sektor termasuk perkhidmatan awam, keselamatan, akademik dan swasta. Antara penerima ialah Abd Razak Hamdin, Ahmad Jafar @ Jaafar, Baba Musta, Beverley Natalie Koh, Bryan Liew Vun Loong, Cyril Edward Nuing @ Hillary, Faridah Giau, Florence John Gomez, Garry Belayong Anak John Siki, Ivan Mario Andrew, Jamal Faridz, Kamalrulzaman Zainul Ahkmar, Khalipah Mohammed Tussin, Lee Ken Voon, Lisa Wan Siew Han, Mohamed Noorjais Abdul Jalil, Mohd Faesac Talla, Mohd Rozli Ab Rahman, Muammar Julkarnain, Noorfaridah Othman, Rizawani Fiona Heng, Rozalind Joannes @ Norzalin, Sabarudin Rahmat, Shuhadah Mustapha, Siti Nur’ain Abdullah dan Willie Jude Junaidi.

Dalam pada itu, seramai 192 individu menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), termasuk A B Rojhan Jalil, Abdul Hakim Mohd Bisri, Abdul Malik Shah, Adrian Leo Mosigil, Andryeno Thomas, Annita Shiela Among, Azmeer Rezza Azali, Bobby Balang, Carolyn Tay, Cheah Eng Chee, Chin Vui Yin, Chung Ching Yian, Dayang Kamariah Datu Bistari, Edwin @ Richard Sunpong, Era Farinna Laugan Terki, Gerald Thomas Wong, Haryani Anah Abdul Kahar, Hendry Joseph, Jaswenth Singh Sadu Singh, Junaidah Makku, Kevin Lo, Lai Mei Leng, Lester Joseph Bingkasan, Mahadzir Abdul Majid, Martin Bubin, Mohamad Azhar Moktar, Mohd Riduan Mat Jari, Mohd Zaf Idzwan Mohd Nazir, Muhamad Razari Yahya, Ng Vui Chuan, Noorhasimah Kassim, Prem Beachile Geoffrey Kitingan, Raymond Murus, Rayner Alfred, Rizal Hardinata Baba, Rosila Anthony Johnwyn, Sabrina Jinius, Saravanan Jayaraman, Sim Yee Sheng, Steve Johnny Mositun, Tan Wat Boon, Toh Hin Khiong, Wong Yen Fui, Yazmin Suraya Yusof dan Zuraidah Sagir.

Selain itu, penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK) turut diumumkan melibatkan puluhan individu, antaranya Abd Khalil Rashkin, Abdul Manan Indanan, Abdul Mutalib Marassan, Abdullah Simin, Abdurahim Hassan, Adem Firdaus Mohammad Bahrin, Adriana Andrew, Ahmad Sablan, Ainie Ramlee, Akhbar Hamdan, Alexcendar Rubbin, Alia Najwana Mohamed Fadzil, Alvin Rajah Thurairajah, Amalorpavamary Vairappan, Amung Andorung, Amzan Jahidin dan Antony Barubui.
Pengurniaan ini mencerminkan penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa, dedikasi serta sumbangan besar para penerima dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran, keselamatan, pendidikan, ekonomi dan khidmat masyarakat.
Istiadat rasmi pengurniaan dijangka berlangsung dalam masa terdekat di Istana Negeri Sabah.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN