MELAWAT…James (kiri) semasa melawat Hodpital Semporna, pada Ahad
SEMPORNA: Pelabur asing dan pihak GLC dialu-alukan untuk membina sebuah Hospital Pelancongan di daerah ini bagi memudahkan para pelancong mendapatkan rawatan yang lebih pantas.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Datuk James bin Ratib berkata, dengan adanya sebuah Hospital Pelancongan di sini, para pelancong tidak perlu lagi bersesak di Hospital Kerajaan untuk dapatkan rawatan.
“Maklumlah hospital kita tidak setanding dengan hospital mereka (para pelancong asing).
“Jadi saya mengalu-alukan pelabur-pelabur dan juga pihak GLC kerajaan untuk membina sebuah hospital Pelancongan, walaupun kecil, khas untuk pelancong-pelancong daripada luar,” katanya.
James yang juga ADUN Sugut berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan di Hospital Semporna pada hari Isnin.
Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa beberapa perkara lain berkaitan perubatan di sini perlu diberikan perhatian.
Menurut beliau, hospital tersebut perlu dilengkapkan dengan 10 buah mesin dialisis, dan dua buah bilik bedah baharu.
Ini perlu, ujar beliau, oleh kerana Hospital Semporna kini hanya mempunyai sebuah bilik bedahyang telah digunakan selama 54 tahun.
Menurut Pengarah Hospital Semporna, Dr. Wan Sherhan Wan Ilyas memberitahu bahawa hospital tersebut sangat memerlukan doktor pakar dalam pelbagai bidang.

JEMAS (tengah) semasa melawat Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum, pada Sabtu lalu
Ini, katanya, bagi tujuan mengendalikan kes-kes kecemasan, terutama sekali bagi kes-kes bersalin secara pembedahan.
Di samping itu, katanya, hospital tersebut turut memerlukan tambahan 110 orang kakitangan bagi melancarkan lagi operasi harian di hospital itu.
Setakat ini, tambah Dr. Wan Sherhan, Hospital Semporna mempunyai 271 orang kakitangan sedia ada.
“Walaubagaimanapun, jumlah kakitangan sekarang tidak mencukupi kerana mengikut rekod, dalam setahun kita menerima dalam 23,000 orang pesakit di hospital ini.
“Di kalangan mereka yang mendapatkan rawatan di sini termasuklah mereka yang mengalami kecederaan kritikal.
“Sementara itu, kita juga merekodkan jumlah mereka yang melahirkan bayi di hospital ini adalah sebanyak 1,200 dalam setahun,” katanya.
Justeru, Dr. Wan Sherhan memberitahu bahawa keperluan untuk adanya pakar-pakar seperti pakar perubatan, pakar kecemasan, pakar rawatan rapi, pakar sakit puan dan lain-lain.
Dalam pada itu, berkaitan dengan Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum, James memberitahu bahawa operasi harian klinik tersebut terjejas dengan timbulnya masalah-masalah yang perlu diatasi secepat mungkin.
Menurutnya, antara masalah yang dihadapi klinik tersebut termasuk masalah bekalan air dan eletrik, dan juga masalah ancaman hidupan liar.
“Oleh itu, kita minta Tindakan daripada Jabatan Hidupan Liar agar dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan segera bagi mengatasi masalah ini,” jelas beliau.
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulabayan, Datuk Hajan Gurimbang berkata, kemudaha eleterik dan air di Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum amat diperlukan.