GAMBAR – Sebahagian pelanggan Vivo pekan Ranau (Kiri).
RANAU: Orang ramai di daerah ini menaruh harapan tinggi setinggi Gunung Kinabalu, agar penularan pandemik Coronavirus (covid-19) yang kini menjadi wabak seluruh dunia akan berakhir tidak lama lagi.
Ramai yang sempat ditemui mengharapkan keadaan akan pulih seperti sedia kala, meskipun normal baharu terus menjadi satu budaya bagi mengekang sebarang penularan penyakit baharu.
“Itulah harapan kita semua agar covid-19 akan berakhir tidak lama lagi”, jelas seorang kakitangan peniagaan Telefon Bimbit ‘Vivo’ di pekan Ranau, Cik Villzie Januil 26.
Apa yang penting sekarang katanya, orang ramai harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan seperti mengamalkan Penjarakan Sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain, disamping memakai Pelitup hidung dan mulut (Facemask), kerap basuh tangan dengan sabun (sanitizer) dan tidak mengunjungi lokasi awam atau perhimpunan melibatkan ramai orang.
Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) agak memberi kesan kepada para peniaga kecil dan pelbagai perniagaan lain sama ada oleh agensi kerajaan atau Swasta dan persendirian ramai terpaksakehilangan Sumber pendapatan dan memberhentikan pekerja berikutan kekurangan kewangan untuk mebayar gaji pekerja mereka.-Borneo Daily Bulletin