ADVERTISEMENTspot_img

Semangat Perjuangan Anak Sabah Diteruskan Melalui STAR: Ellshera

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Exco Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Ellshera Alfred Yapat (gambar), menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan hak dan maruah rakyat Sabah melalui wadah politik tempatan yang menjadi kesinambungan kepada perjuangannya sejak lebih sedekad lalu.

Menurut Ellshera, penglibatannya dalam perjuangan hak-hak Sabah bermula pada tahun 2013 menerusi pertubuhan mahasiswa United Varsity Students of Borneo (UVSB) yang bernaung di bawah Borneo Heritage Foundation (BHF). Di situlah beliau mula memahami makna sebenar perjuangan anak Sabah dalam menuntut keadilan pembangunan dan pengiktirafan terhadap hak negeri itu.

“Perjalanan saya sebagai aktivis muda ketika itu tidak mudah, tetapi ia membentuk semangat juang yang kekal hingga ke hari ini

“Keyakinan saya ialah suara rakyat Sabah mesti dibangkitkan oleh orang Sabah sendiri,” katanya dalam satu hantar di facebook miliknya, hari ini.


Ellshera berkata, selepas lebih sepuluh tahun, beliau melihat impian perjuangan itu kini mula menjadi kenyataan apabila semangat yang lahir di peringkat mahasiswa diteruskan melalui platform politik STAR.

“Perjuangan ini bukan sekadar tentang politik, tetapi tentang cinta yang mendalam terhadap tanah air kita, Sabah

“Saya akan terus berdiri bersama rakyat untuk memastikan hak kita dihormati dan masa depan anak-anak Sabah terjamin,” ujarnya.


Beliau turut menyeru generasi muda Sabah agar terus bersatu dalam memperkukuh perjuangan tempatan demi masa depan negeri itu yang lebih makmur dan berdaulat.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN