27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Selain Popular, Ranau juga selamat untuk dikunjungi: DSP Sammy

Oleh: Cleo Will

RANAU: Daerah Ranau bukan hanya popular untuk tempat-tempat pelancongan yang menarik, tetapi juga dikenali sebagai tempat yang selamat untuk pengunjung dari dalam dan juga dari seluruh dunia.


Kehadiran Unit Polis Pelancong (UPP) di kawasan ini memastikan keselamatan para pelancong supaya mereka dilindungi daripada menjadi mangsa segala macam tindakan jenayah sepanjang masa.

Salah seorang pelancong asing sempat berbual dengan anggota keselamatan yang sedang bertugas.


Ketua Polis Daerah Ranau DSP Sammy Newton berkata sejak penubuhannya, UPP juga dapat memberi bantuan yang sewajarnya untuk memastikan semua pelawat dan pelancong selamat ketika melakukan perjalanan di tempat-tempat awam.


“Bagi IPD Ranau, kakitangan UPP kami telah menjalankan tugas dan kepercayaan mereka dengan baik, sangat berdisiplin dan telah menerima reaksi positif dari para pelancong domestik dan asing setakat ini.

“Sebagai destinasi pelancongan utama, kehadiran UPP di sekitar kawasan ini adalah penting, kerana bukan sahaja ia menjadikan pengunjung kita selamat, tetapi ia juga memberikan reputasi yang baik kepada kawasan ini sebagai tempat yang selamat bagi penduduk tempatan dan orang asing yang datang melawat,” katanya.

Sebahagian pelancong yang tiba di daerah ini


Menurut Sammy, UPP adalah salah satu unsur utama PDRM, di mana unit ini telah ditubuhkan dan diamanahkan untuk memberikan bantuan, perlindungan dan keselamatan kepada pelancong domestik dan asing.

RASA SELAMAT…Pasangan pelancong kelihatan gembira dengan kehadiran anggota leselamatan sekitar kawasan pelancongan di sini


“Bermula pada tahun 2014, UPP telah diletakkan di bawah Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia. Dan sejak hari itu, unit ini telah berjalan dengan lancar dalam bidang ini,” katanya.


Beliau berkata tanggungjawab utama unit ini adalah untuk melaksanakan pencegahan jenayah di kawasan pelancongan dengan bersedia menyediakan perkhidmatan, bantuan, maklumat dan panduan kepada pelancong.


“Bagi unit kami, terutama di Ranau, kami mendesak semua anggota untuk mengetahui semua kejadian dan faktor risiko yang mungkin timbul. Kami juga kena peka mengenai tempat-tempat tumpuan pelancong, jadi kami boleh memberi tumpuan kepada kawasan tersebut, “katanya. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN