26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SEKTOR SWASTA WAJAR TAMPIL BANTU KERAJAAN TANGANI PENULARAN COVID-19

SAMPAIKAN..Pengarah Urusan SR Event Production Hj Sharom sambil disakikan Haji Samin menyampikan alat Mesin Fogging Basmi Kuman kepada Pegawai Kesihatan Klinik Kerukan Dr Phon Kit Yin.

KUALA PENYU: Dalam keadaan negara khususnya di Sabah yang berhadapan dengan gelombang kedua penularan covid-19 semua pihak perlu termasuk sektor swasta bersatu padu bersama kerajaan menanganinya.

Pengarah Urusan SR Events Prouduction Haji Sharom And Ghaffar berkata pada saat genting ini sektor koprat orang perseorangan yang berkemampuan perlu tampil membantu kerajaan untuk bersama menangani penularan wabak covid-19 yang angkanya amat membimbangkan ketika ini.

” Sudah tentu tanggungjawab ini tidak seharusnya disandarkan kepada kerajaan , ianya memerlukan sokongan dan kerjasama yang erat khususnya dari sektor koprat” katanya ketika ditemui selepas menyertai rombongan Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) Sabah menyampaikan sumbangan pelbagai peralatan antaranya kipas,khemah ,kerusi dan lain lain di Klinik Kesihatan Padas Damit,Kerukan Dan Menumbok.

Hadir sama Pengarah (YADIM) Sabah haji Samin Hi Ongki.

Pada Majlis itu SR Eventas Production turut menyampaikan Mesin Fogging Basmi Kuman dan High Level Disinfectant Liquid untuk kegunaan Ambulan.

Menurut Sharom pelbagai bentuk sumbangan boleh disalurkan kepada pihak berkenaan dalam menangani penularan wabak covid-19 yang bukan meringankan bebenan mereka yang terkesan dengan wabak ini ,malah boleh memberikan suntikan semangat kepada petugas Barisan Hadapan dalam melaksanakan tugas mereka yang sentiasa terdedah dengan risiko yang tinggi ketika menjalankan tugas.

Katanya sumbangan peralatan ,kewangan malah dalam bentuk keperluan makanan amat dialu-alukan ini disebabkan ada golongan yang terlepas pandang yang kehilangan pekerjaan semasa penularan wabak in benar-benar memerlukan bantuan terutamanya keperluan makanan.

” Berikutan pengalaman saya sendiri, banyak whatAspp dari beberapa pihak dan individu yang kami terima memohon sumbangan, setakat termampu kami telah mengulurkan sumbangan bagi meringankan bebenan mereka” Katanya.

Sementara itu Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Hi Ongki juga turut mengalu-alukan mana mana pihak samaada sektor swasta dan orang perseorang yang ingin menghulurkan sumbangan mereka dalam menangani penularan Covid-19.

” Kami mengalu-alukan sumbangan tersebut melalui kolaborasi bersama YADIM untuk diselaraskan dan disampaikan kepada pihak berkenaan” Katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN