33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SEBUAH LAGI PPV DI BUKA DI KAMPUNG DANAU RIA KINABATANGAN: ABU BAKAR

PERIKSA…Abu Bakar turut melakukan pemeriksaan tekanan darah semasa meninjau PPV di kampung Danau Ria.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KINABATANGAN: Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini khususnya di kawasan dewan Undangan Negeri Lamag di buka.

PPV tersebut di buka di dewan masyarakat Kampung Danau Ria bagi pemberian vaksin Dos 1 dan Dos 2.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Lamag Abu Bakar Gapar berkata pembukaa PPV tersebut adalah yang ke empat dibuka selepas di Kampung Balat, Sangau dan Berjaya 1

Menurut beliau pembukaan PPV tersebut selaras dengan Program Jangkauan Luar ke Luar Bandar bagi mempastikan penduduk luar bandar khususnya di kawasan Lamag dapat menerima vaksin.

“ Kita mensasarkan penduduk di kawasan DUN Lamag memperolehi vaksin Covid-19 tanpa perlu bergerak ke pusat-pusat PPV di kawasan bandar dan ini memberikan kemudahan kepada mereka untuk menerima Vaksin” katanya selepas menijau PPV di kampung Danau Ria dekat sini kemarin.

Pada program tersebut seramai 318 orang penduduk menerima Vaksin bagi dos ke 2.

Abu Bakar berkata, sambutan masyarakat di kawasan ini untuk memperolehi vaksin begitu amat menggalakkan ekorang kempen serta penerangan beteruskan yang dilakukan oleh Pemimpin masyarakat tempatan dan juga Unit Pemimpin Pembanguan Masyarakat (UPPM) di kawasan tersebut.

“ Saban hari jumlah mereka yang mendaftar untuk menerima vaksin menunjukan angka yang positif ekoran dari kempen dan penerangan yang berterusan yang adakan” katanya

Malah menurut Abu Bakar Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin komited untuk mempastikan rakyat khsususnya di kawasan Lamag menerima Vaksin dan turut turun padang bagi memberikan penjelasan kepada penduduk tentang kebaikan Vaksindisamping meninjau PPV di kampung Tanjung Aru, Balat dan Sangau minggu lepas.

“ Pertambahan PPV di kawasan Kinabatangan adalah insiatif Beliau (Bung) bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai di kawasan ini untuk menerima Vaksin” katanya.

CAPTION:

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN