30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sebidang tanah telah dikenalpasti bagi pembinaan blok tambahan Hospital Tawau: James Ratib

KOTA KINABALU: Sebidang tanah seluas 4 ekar telah dikenalpasti bagi tujuan pembinaan blok tambahan bagi Hospital Tawau, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James bin Ratib.


“KPMKR telah mengenalpasti sebidang tanah seluas 4 ekar iaitu tanah kerajaan kepunyaan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk penambahan blok Hospital Tawau,” kata beliau.


Beliau berkata demikian semasa menjawab persoalaan daripada Adun Senallang, Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Keenam Belas 08, 09, dan 10 Ogos 2023 yang berlangsung pada hari Khamis.


Semasa persidangan itu, Shafie bertanya kepada Menteri KPMKR, apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan adanya kawasan tanah bagi penambahan blok Hospital Tawau.


James yang juga Adun Sugut menambah bahawa Kementerian beliau juga akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN