Roslin menyampaikan sijil penghargaan kepada Asmadi sambil diperhayikan Simsudin (kanan sekali) dan Rithuan (kiri sekali)
LABUAN: Kampung Belukut dipiilih sebagai Aspirasi Bebas Dadah peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Roslin Jusuh berkata, Kampung Belukut dipilih berdasarkan ketika ini Kampung Belukut tidak mempunyai rekod penagih dadah.
“Kampung Belukut akan dijadikan sebagai kampung contoh dalam program pencegahan dadah di mana kampung ni adalah berada dalam status tiada penagih di kampung ini’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) dan Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD) di Kampung Belukut, di sini, pada Ahad.
Menurut beliau lagi, Aspirasi Bebas Dadah merupakan inisiatif AADK turun ke lokasi sebagai langkah pencegahan, kesedaran seterusnya menyeru sokongan komuniti bersama-sama membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.
Katanya AADK telah merekodkan lebih 70 peratus pemulihan penagihan dadah di seluruh negara.
“Setakat Mac tahun ini seramai 100,882 orang penagih dan penyalahgunaan dadah serta bahan direkodkan di seluruh negara”, katanya.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Wan Firdaus Wan Zaki dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Asmadi Asmat.



