27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sebanyak 62,000 penutup mulut dan hidung diagih kepada penduduk di DUN Bingkor

GAMBAR ATAS : Robert (tiga dari kanan)menyampaikan ask kepada salah seorang ketua JDM.

KENINGAU:Sebanyak 62,000 penutup mulut dan hidung (mask) diagih-agihkan  kepada penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor

ADUN Bingkor Robert Tawik berkata, mask itu adalah sumbangan Kerajaan Persekutuan dan disalurkan melalui pejabat ADUN untuk diagih-agihkan kepada penduduk di kawasan ini.

Katanya, ia adalah kegunaan mereka semasa keluar ke pekan untuk mendapatkan barang keperluan dan semasa berurusan di bank dan jabatan-jabatan kerajaan yang sudah mula beroperasi.

“Ia disalurkan kepada Ketua-Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) kemudian mereka akan mengagih-agihkan sumbangan mask tersebut kepada penduduk-penduduk kampung” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu kepada ketua-ketua JDM di kawasan Bingkor  baru-baru ini.

Robert (dua dari kanan)menyampaikan sumbangan mask kepada Hj. Yazid Mohd Hasnan Tawik.

Tambahnya, mask itu dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan harian penduduk sepanjang PKPB bagi penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dari penularan Wabak Covid-19 yang akfif. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN