30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sebanyak 32 pasukan sertai kejohanan Keningau Premier League 2022

Robert (tengah)sambil disaksikan Rafie meletakkan bola diatas butang elektronik sebagai simbolik perasmian kejohanan itu.

KENINGAU:Sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Datuk Robert Tawik anjuran Persatuan Bolasepak Daerah Keningau dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor.

Presiden Persatuan Bolasepak Keningau (Keningau FA) Rafie Robert berkata, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini terdiri daripada kelab-kelab boleh sepak di seluruh Sabah.

Katanya, kejohanan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan sejumlah RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja).

Rafie yang juga pengerusi penganjur menjelaskan, johan dalam kejohanan ini akan menerima hadiah wang tunai RM10,000.00 berserta tropi dan medal, naib johan akan menerima RM5,000.00 berserta tropi dan medal manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima RM3,000.00 dan RM2,000.00.

“Keseluruhan hadiah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin” kata Rafie dalam sidang media selepas pelancaran kejohanan itu di dewan Ficus Taman Bandukan Riverside Resort pada petang Ahad.

Kejohanan itu dilancarkan oleh Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Robert (duduk tengah)mengabadikan gambar kenangan dengan AJK Penganjur bersama Pengurus-Pengurus dan Jurulatih-Jurulatih pasukan.

Turut hadir wakil Pengarah Hospital Keningau Dr. Ukim Antikoh, Pegawai Pusat AADK Keningau Encik Hafidal dan Penilai Pengadil Liga Malaysia merangkap Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sabah Dr Sani Tari.

Rafie berkata, pihak penganjur telah memberi taklimat dan memperkenalkan peraturan-peraturan terkini yang diguna pakai dalam pertandingan kepada semua pasukan.

“Harapan saya setiap pasukan  mematuhi peraturan pertandingan bermain dengan didikasi” katanya.

Tegas Rafie, tindakan disiplin tatatertib kepada pasukan yang melanggar peraturan.

Menjawab soalan lain Rafie berkata, sebenarnya Persatuan Bolasepak Daerah Keningau memang bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat baru.

“Pada kali ini kita bukan sahaja mencungkil bakat pemain tetapi kita juga mencungkil bakat-bakat jurulatih yang ada di mana usaha kita pada kali ini seperti yang terdapat dalam peraturan pertandingan, setiap pasukan yang mendaftar jurulatih, kita mewajibkan setiap jurulatih mempunyai sijil kejurulatihan sekurang-kurangnya diperingkat akar umbi” jelasnya.

Melalui penganjuran kejohanan kali ini, Rafie berharap agar kepimpinan dan pengurusan Sabah FA atau Sabah FC melihat pemain-pemain yang ditonjolkan pada kejohanan ini.

Sementara itu dalam sidang media yang sama ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, pihaknya telah memohon kepada Kementerian berkenaan supaya menyalurkan peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan di daerah ini.

Katanya, beliau telah mengemukakan permohonan kepada Kementeria Belia dan Sukan untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan di daerah ini termasuk permohonan pembinaan mini Kompleks Sukan Apin-Apin.

“Kemudahan-kemudahan sukan yang ada di daerah ini dan sekitarnya perlu dinaiktaraf disamping pengwujudan kemudahan sukan yang baharu kerana penglibatan golongan muda dalam sukan di kawasan ini semakin meningkat” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN