SERAH…Kelihatan Surinam mewakili SCP menyampaikan sumbangan kepada Ruslan sempana majlis tersebut.
Oleh: Jaafar Abd Wahid
BEAUFORT: Menyedari kesukaran penduduk di daerah Beaufort khususnya di kawaan Lumadan untuk mendapatan bekalan air bersih, Sabah Credit Corporation (SCP) tampil menghulurkan sumbangan melalui program tanggungjawab Sosial (CSR) kemarin.
Sumbangan berupa air manireal dan keperluan makanan itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi (SCP) Datuk Surinam Sadikun kepada Wakil Rakyat Lumadan Haji Roslan Muharam untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat
Menurut Surinam yang juga Ketua Srikandi Bersatu bahagian Sipitang sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial koprat (SCP) kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan Lumadan yang terjejas terok bukan sahaja selepas pasca banjir yang melanda daerah itu namun terputus bekalan air bersih .
“ Kita bersimpati kepada mereka yang terjejas banjir ,terputus bekalan air bersih sekali gus berhadapan dengan pandemik Covid-19 ,justeru hari ini kita turun padang menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang terjejas dengan harapan ianya dapat meringankan sedikit beban yang mereka pikul” katanya ketika di temui di sini selepas menyampaikan sumbangan tersebut
Dalam perkembangan yang sama Surinamk berharap isu terputus belakan air bersih yang dihadapi oleh penduduk di daerah Beaufort akan dapat ditangani segara oleh pihak yang terlibat bagi mempastikan kehidupan penduduk tidak terjejas.
“ Kita faham antara faktor yang menyebabkan bekalan air bersih ini terputus kerana keroskan pum ekoran faktor banjir yang menenggalami loji rawatan air khususnya di Jempangah, bagaimanapun kita berharap ianya dapat di perbaiki segara selepas banjir agar masalah ketiadaan bekalan air bersih dapat diselasaikan segara” tambah Surinam