Robert (dua dari kanan) bersama rombongan semasa melawat jalan konkrit Kampung Gana.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau akan memastikan semua projek pembangunan Infrastruktur dilaksanakan dengan dengan sempurna dan menepati piawaian yang ditetapkan.
Katanya, proses sesuatu projek pembangunan infrastruktur akan selesai apabila ianya siap dengan sempurna dan nyata.
“Oleh itu, apabila projek-projek dalam proses pembinaan semestinya akan saya lawati untuk memastikan proses-proses pembinaan terus berjalan dengan lancar, tidak terbangkalai, pembinaan yang berkualiti dan siap dengan sempurna” katanya selepas meninjau perkembangan projek-projek pembangunan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor pada Khamis lepas.
Ini katanya, kerana semua ini demi kebaikan dan manfaat rakyat yang beliau wakili.
Antara yang dilawati Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya ialah
naiktaraf jalan konkrit Kampung Gana, jalan jonkrit Kampung Kuangoh, jalan konkrit ke Gereja Katolik St. Thomas Kampung Kuangoh, jalan konkrit Kampung Baru, Pondok Berjual dan Pemagaran Dewan Terbuka Kampung Baru, Pembinaan Dewan Terbuka Kampung Baginda Ulu dibawah peruntukan Ahlu Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan,
Jambatan Gantung Kampung Baginda dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan yang disalurkan kepada ADUN, Penyelenggaraan Masjid Kampung Binaong, Penyelenggaraan Balai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kampung Binaong, Gerai Jualan Kampung Binaong, Dewan Serbaguna Kampung Buang Sayang dan jalan konkrit Kampung Buang Sayang.
Dalam lawatan itu Robert menyerahkan kunci dewan dibiayai peruntukan KPLB Persekutuan kepada Pengerusi JPKK Kampung Buang Sayang Breadthhy Bin Mandiwit.