26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sasaran 60 peratus pengeluaran padi menjelang tahun 2030: Dr. Jeffrey

Dr. Jeffrey memotong ribin gimik pelancaran jentera penuai padi.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Kementerian Pertanian Dan Perikanan berharap dapat mencapai sasaran 60 peratus pengeluaran padi di negeri ini melalui usaha permodenan pertanian menjelang tahun 2030.

Menterinya Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, ketika ini hasil padi di negeri ini hanya 25 peratus.

Beliau berharap usaha tersebut akan dapat meningkatkan kepada lapan hingga 10 metrik tan sehektar menjelang 2030.

“Dengan percubaan Program padi Sah ini, kita dapat mempromosikannya kepada setiap penanam padi bukan sahaja di Keningau tetapi di seluruh Sabah agar kita dapat meningkatkan pengeluaran padi dan makanan di negeri ini katanya pada  sidang media selepas melancarkan Program Tuaian Skim Benih Padi Sah di Kampung Lambanga Apin-Apin dekat sini pada kelmarin.

Beliau berkata, Program Benih Padi Sah yang menggunakan kaedah Permodenan Pertanian di kawasan Apin-Apin telah memperolehi tuaian yang baik dan berjaya meningkatkan hasil padi di sini daripada 3.25 metrik tan sehektar kepada 7.5 metrik tan  sehektar.

Dr. Jeffrey (dua dari kanan), Robert (dua dari kiri), Dr. Mariana (kanan), Dzulkifli (tengah)dan Walter(kiri)selepas pelancaran program itu.

Dr. Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, ini bermakna dengan benih itu petani dapat meningkatkan hasil padi lebih dua kali ganda.

Terdahulu Dr. Jeffrey diberi taklimat oleh Ketua Projek Sawah Padi Kampung Lambanga Juanis Juin mengenai perkembangan penanaman benih padi sah dan pengeluaran padi kampung itu.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin yang juga ADUN Bingkor, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian Dan Perikanan Datuk Dr. Mariana Tinggal, Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Sabah Dzulkifli Haji Ghulamdin, Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson dan Pegawai Pertanian Daerah Norzam Jamdin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN