James (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Khairy kerana sudi menjadi panel untuk persidangan kali ini
KOTA KINABALU: Sasaran 30 peratus jawatan tinggi kerajaan dijawat oleh golongan wanita tercapai.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri adalah bagi memastikan keterlibatan golongan wanita dalam membangunkan negeri sekaligus menaikkan lagi martabat kaum tersebut.
“Setakat ini, kerajaan negeri telah pun memperuntukkan sebanyak 30 hingga 40 peratus untuk wanita Sabah menjawat jawatan sama ada di jabatan kerajaan ataupun di GLC di Sabah.
“Di bawah kementerian saya, saya akan memberikan kursus-kursus khas kepada golongan wanita yang bakal menjadi pemimpin supaya mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, sama ada mereka memegang portfolio dalam kerajaan ataupun GLC, itu yang telah dikendalikan oleh JHEWA Sabah.
“Seperti contoh sekarang ini, di Sabah di peringkat kementerian kita ada tiga orang wanita yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap kementerian iaitu daripada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
“Jadi, ini sudah menampakkan satu kebanggaan bagi golongan wanita kerana hasrat untuk mencapai 30 peratus menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan ini telahpun tercapai.
“Mungkin juga pertimbangan dari kerajaan negeri untuk masa hadapan amat cerah sekali dan sekiranya lebih ramai pemimpin wanita yang mempunyai keterampilan dan kepimpinan yang boleh menjadi seorang pemimpin itu ataupun menjawat mengetuai sesuatu jabatan,” ujarnya kepada
media selepas merasmikan Persidangan Kepimpinan Wanita Berwibawa Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dekat sini, hari ini.Persidangan anjuran Jabatan hal Ehwal Wanita (Jhewa) itu menampilkan panelis jemputan seperti bekas Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin dan Dr Shazril Shaharuddin dan diadakan dalam dua s