31 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Saranan Kepada Belia Supaya Menghayati Erti Kemerdekaan dan Perjuangan Para Pemimpin Terdahulu.

JUARA…….Harun (Kanan) menerima hadiah disampaikan Fadzwan diperhatikan Othman.

RANAU: Para belia disaran supaya menghayati erti kemerdekaan, pengorbanan dan pemimpin terdahulu.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin berkata, generasi baru hari ini harus bersyukur dengan keadaan negara yang aman damai dan harmoni hasil perjuangan para pemimpin terdahulu yang telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan dari kuasa penjajah.

Jonathan menyatakan demikian, semasa merasmikan kejohanan Badminton Dan Bola Tampar Tertutup Ulu Sugut di Kg. Meridi Ranau, baru-baru ini.

Ucapan itu telah disampaikan oleh Penolong Pengawai Perhubungan Pejabat Parlimen Ranau, Louis Sinti yang mewakili Jonathan.

Azmie (Kanan) merakam gambar bersama Dua rakannya memperlihatkan hadiah kemenangan dalam acara Badminton.

Terdahulu, Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Mohd. Fadzwan Bin Ali dalam ucapan aluannya merakam penghargaan dan terima kasih kepada Jonathan kerana membiayai keseluruhan hadiah kejohanan.

Mohd. Fadzwan turut mengajak golongan belia supaya membuat perubahan kemajuan diri dan kemajuan masyarakat setempat.

“Jika kita ingin melihat pimpinan pada masa hadapan, lihatlah peranan belia hari ini yang merupakan peneraju kepimpinan masa depan”, jelasnya.

Menurutnya lagi, program yang dirangka khas sempena bulan kemerdekaan adalah bertujuan melahirkan masyarakat berbudaya sukan serta menyatupadukan komuniti tanpa mengira suku kaum dan agama.

Para peserta merakam bersama Louis (berdiri tengah barisan belakang).

Sempena kejohanan itu menyaksikan keunggulan pasukan Gawashima menjuarai acara Bola Tampar disusuli pasukan AlFAFLA (Naib Juara), SSBP tempat Ketiga, Rukut-Rukut (Keempat) mengetepikan dua pasukan lain mengambil bahagian iaitu pasukan Legend Noob dan pasukan Mokodou.

Dalam acara Badminton (Bergu) menyaksikan kehebatan Othman Bin Basman dengan rakannya Abdul Harun Bin Abdul Rahman muncul Juara meletakkan Markus Supirin dan Musmidin Bin Maidin ditangga Naib Juara mengetepikan Azmie Bin Ali bersama Janis Nandoh menduduki tempat ketiga, manakala Holman York Nicholas dan Joshua Janis tempat keempat.

Pasukan Terbaik disandang Legend Noob, Pemain Terbaik diberikan kepada Hamizah sementara Spiker Terbaik disandang oleh Shahrin.

TAMAT.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN