26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sandakan perlukan hospital swasta: James

Datuk James (kiri) ketika mengadakan lawatan di Hospital Sandakan pada Ahad

SANDAKAN: Lawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib ke Hospital Dutches of Kent Sandakan pada hari Ahad mendedahkan beberapa isu utama yang perlu diutamakan segera di sini.

“Saya telahpun melawat di Hospital Dutches of Kent Sandakan dan meminta taklimat daripada Dr Fahmi selaku Pengarah hospital.

“Kita diberi beberapa taklimat dan perkara yang paling utama yang kita berikan penekanan di sini iaitu pembinaan hospital swasta di Sandakan.

“Ini kerana, di Tawau sudah ada dua buah hospital swasta manakala di Kota Kinabalu memang banyak, tetapi di Sandakan tidak ada hospital swasta,” kata beliau.

Oleh yang demikian, James meminta mana-mana pelabur daripada luar yang berminat, untuk tampil melabur membina hospital swasta di Sandakan.

Ini kerana, kata beliau, sekiranya ada hospital swasta di sini, ia akan membolehkan pakar-pakar perubatan kita untuk berkhidmat di sini dan ianya akan menjadi penarik kepada para dokytor untuk berkhidmat lebih lama di Sandakan.

“Kita mengambil contoh seperti di Kota Kinabalu, sewaktu mereka tidak bekerja di hospital, mereka boleh bekerja sampingan di hospital-hospital swasta. Ini boleh menambahkan lagi pendapatan para doktor, khususnya pakar perubatan kita.

“Begitu juga halnya di Sandakan. Ramai pakar-pakar kita kadang-kadang masa mereka banyak terluang. Sekiranya ada hospital swasta, di sini mereka boleh datang ke situ untuk berkhidmat.

“Di samping itu juga, kalau ada hospital swasta di sini, tidak perlu lagi mereka kr Kota Kinabalu atau ke Kuala Lumpur dan sebagainya. Ini kerana, di sinipun kita akan menempatkan doktor-doktor pakar untuk berkhidmat di hospital swasta ini,” kata beliau.

Jadi sekali lagi James, yang juga Adun Sugut tegaskan bahawa beliau mempelawa pelabur-pelabur daripada luar untuk membina hospital swasta di sini.

Menurutnya lagi, cadangan ini akan dikemukakan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor dan beliau berharap ia akan dapat diluluskan oleh Kabinet.

“Berkenaan dengan hal tapak, mungkin kita akan bantu untuk mengenalpasti di mana yang sesuai,” kata beliau.

Sementara itu, James dimaklumkan oleh Dr. Fahmi bahawa di Sandakan juga masih kekurangan bangunan.

Justeru, kata beliau, pihak Kerajaan Negeri juga berharap agar pihak KKM dapat membina satu hospital baru ataupun hospital tambahan di Sandakan bagi menempatkan beberapa blok pakar dan sebagainya.

“Begitu juga tentang beberapa perkara yang mendesak seperti bangunan-bangunan lama yang perlu diselenggara.

“Kita dimaklumkan bahawa bangunan ini, sejak 1952 lagi sudah digunakan dan sudah banyak bangunan-bangunan yang rosak.

“Jadi ianya perlu juga dibaiki segera kerana jika tidak, kita bimbang ia akan membahayakan para pesakit, pengguna mahupun para kakitangan di hospital itu sendiri,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN