30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sandakan juara  Kejohanan  Tertutup Bergu Pentaque dan Jemputan   Hari Pengguna Kebangsaan 2022 peringkat Labuan

JOHAN….. pemain dari Sandakan menerima hadiah daripada Rozman.

LABUAN: Pasukan Sandakan  muncul johan Kejohanan Bergu Pentaque dan Jemputan  sempena Hari Pengguna Kembangsaan 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Arena Pentaque   Wilayah Persekutuan Labuan, pada Ahad.

Pasukan Sandakan yang diwakili Damsah Kabah dan Japar Jambah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Naib johan disandang oleh pasukan BPKSM Iman14  Kota Kinabalu yang diwakili Rumansah Adam dan Mohd Danil  Iman Suhaimun menerima hadiah wang tunai RM600.

Tempat Ketiga bersama dimenangi oleh pasukan  tuan rumah PPWPL 14 (Labuan)  yang diwakili Ramzie Aidil Ramlan/Yusrizam Yussof dan pasukan PPWPL 5 yang diwakili Ibrahim Laidin/Haiqal Yazead Rizuan NIzam masing masing menerima hadiah wang tunai  RM300.

ROZMAN  (tujuh dari kiri) bersama  pemain pasukan BAKAT Labuan (top 16)  yang menyertai Kejohanan Pentaque Bergu Tertutup dan Jemputan VIP Labuan

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan yang juga Penaung Persatuan Pentaque Labuan, Datuk Rozman Isli.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pengguna Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Junaidah Arbain.

Kejohanan  selama dua hari yang berakhir pada Ahad  adalah anjuran Persatuan Pentaque Labuan dengan kerjasama  Pejabat  Kementerian Pengguna  Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sermaia 38 pasukan telah mengambil bahagian membabitkan pasukan   dari Sabah (Sandakan, Keningau, Putatan, Beaufort, Membakut) dan Lawas (Sarawak)  serta tuan rumah Wilayah Persekutuan Labuan yang diwakili Kelab Pentaque Layangan (KPL), Persatuan Pentaque Wilayah Persekutuan Labuan (PPWPL),  Pasukan  Pentaque  Sungai Bangat (SBT) dan BAKAT (pemain bawah 15 tahun Labuan).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN