UNTUK ALBUM….Rombongan AADK merakam gambar bersama Datuk Jonathan (duduk tiga kanan), Nani (duduk tiga kiri) bersama Staf Pejabat Parlimen Ranau.
RANAU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah akan mengadakan Sambutan Peringatan AADK Peringkat Negeri 2022, di Dewan Masyarakat Ranau pada 24-25 Jun bermula 8.00 pagi.
Pengarah AADK Sabah, Nani Bin Sikin berkata, pelbagai acara bakal diadakan sempena sambutan dua hati itu termasuklah, Seminar dan Pameran Antidadah, Pertandingan Idol Ranau, Pertandingan Battle Of Basking, Jualan Produk Puspen (Penjara) dan Perlawanan Bola Sepak 9 Sebelah merebut Piala Datuk Jonathan (24 Jun).
“Manakala, pada 25 Jun akan diadakan, Pertandingan Ratu Fesyen Kanak-Kanak, Pertandingan Ratu Idol (pusingan akhir), Pertandingan Masakan Tradisional (Booth Pameran), Pertandingan Interakrif ‘Jarayarawara’, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah Persembahan Kugiran (SHG) dari Keningau, sebelum perasmiannya yang bakal disempurnakan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin”, jelas Nani ketika ditemui selapas mengadakan Kunjungan Hormat kepada Datu Jonathan di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pagi tadi.
Nani mempelawa orang ramai supaya hadir memanfaatkan program itu, sebagai sokongan terhadap usaha AADK dan kerajaan memerangi kes-kes penyalah gunaan najis dadah daripada melanda komuniti di negeri Sabah.
Sementara itu, Datuk Jonathan yang mengalu-alukan kunjungan rombongan Pengarah AADK Sabah itu, mengharapkan segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur dan mencapai objektifnya.
“Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap perancangan yang telah dibuat pihak Jawatankuasa AADK daerah bersama AADK Negeri”, tambah Datuk Jonathan sambil menyatakan kesediaannya menyediakan sumbangan hadiah bagi menjayakan acara Cabutan Nombor Pengunjung Bertuah sempena program tersebut.
Kunjungan berakhir dengan sesi bergambar rombongan AADK bersama Datuk Jonathan.