27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat, 8-9 Oktober 2022

Gambar fail

RANAU  : Sempena Hari Sukan Negara 2022, pelbagai acara bakal diadakan bagi peringkat Bahagian Pantai Barat Sabah pada 8-9 Oktober depan di beberapa venue yang telah ditetap.

Program yang dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat itu,dijangka akan dilancarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin

Antara acara yang bakal diadakan ialah, Fun Run sejauh 5 kilometer bermula dan berakhir di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) pada 8 Oktober mula jam 7.30 pagi.

Acara-acara lain ialah, MTB Race Kampung Downhill di Adventure Park Kg.Kilimu (9.00 pagi) pada 9 Oktober dengan yuran penyertaan RM60 (seorang peserta) menawarkan hadiah RM500 (Johan), RM300 (Naib Johan) dan ketga RM150,  seterusnya acara Senamrobik 7.00 pagi (Sebelum Fun Run bermula) pada 8 Oktober di padang MDR bertemakan ‘Ayuh Kekal Cergas Bersama’ pimpinan Zin Kathy dan Ranau Taem Borfit Club.

Turut dianjurkan, Kejohanan Bola Tampar Wanita pada 8-9 Oktober di gelanggang Bola Tampar Kg.Paka Dua Ranau dengan yuran penyertaan RM70 (satu pasukan)menawarkan hadiah Johan (RM700) Naib Johan (RM500) dan Ketiga (RM300). Pada tarikh yang sama pertandingan Mobile Legend di Dewan Arena Belia Ranau menawarkan hadiah RM300 (Johan), Naib Johan (RM200) dan ketiga RM100. Sementara Kejohanan Bola Sepak Wanita (9  Sebelah)  di Padang  Lohan pada 8 Oktober dan di Padang Pekan Ranau pada 9 Oktober, berumur 16 tahun dan ke atas menawarkan hadiah Johan RM700, Naib Johan(RM500 dan ketiga RM300.

Turut diadakan, Kejohanan Bola Keranjang Lelaki (9 Oktober) di Gelanggang  Bola Keranjang Kg.Lohan 1 menyediakan hadiah Johan RM300, RM150 (Naib Johan) dan RM100 (tempat Ketiga).

Acara yang turut menarik juga ialah, Fun Ride (Berbasikal) pada 8 Oktober  bermula di padang MDR selepas perasmian bakal melalui beberapa buah kampung(Kg.Pasir Putih, Kg.Badukan,Kg.Kigiok, Kg.Kinapulidan, Kg.Kituntul Lama, Kg.Lingkudau dan balik semula (tamat) di padang MDR.

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksi dan menyertai acara acara yang bakal diadakan kelak.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN