27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Hari Malaysia 2022 perlu diadakan di Kuala Lumpur dengan pameran sejarah pembentukan Malaysia, cadang Madius

Madius

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) mencadangkan supaya Hari Malaysia tahun 2022 diadakan di Kuala Lumpur.

Katanya, ia sebagai langkah-langkah pengukuhan bagi meraikan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021, yang memasukkan tarikh pembentukan Malaysia 16 September 1963 secara perundangan berbanding hanya secara pentadbiran sebelum ini.

“Langkah pertama ialah, kerajaan hendaklah meraikan Hari Malaysia itu dengan lebih meluas bukan setakat diadakan di Sabah dan Sarawak seperti yang diadakan sejak tahun 2011.

“Tuaran mencadangkan paling cantik adakan di Stadium Merdeka, dan lakukan dengan iringan pameran sejarah Pembentukan Malaysia yang sebenar,” katanya.

Madius berkata demikian dalam ucapan perbahasan bagi RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujar beliau, dengan lulusnya pindaan itu maka Malaysia mempunyai “Hari Jadi” sepertimana yang termaktub dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia.

“Tuaran menyokong pindaan ini kerana yakin bahawa langkah ini akan memperkukuhkan lagi kesatuan serta perpaduan negara kita Malaysia.

“Kenapa? Sebab setiap kali Perakuan-perakuan dalam Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 dilaksanakan dan setiap kali sejarah pembentukan Malaysia itu diberi pengiktirafan dan penghormatan rasa kekuatan rakyat Malaysia bertambah.

“Selepas ini para pengkaji sejarah dan seterusnya penggubal kurikulum sejarah dalam sistem persekolahan Malaysia akan bertegas menyatakan fakta sejarah tersebut. Tuaran, berharap agar Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan mengambil langkah-langkah proaktif dalam hal ini,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN