Antara ahli Pisaka yang menghadiri mesyuarat di Kg.Tungou.
RANAU: Persatuan ‘Pisempuruan Sakag Aki Kaunda’ (Pisaka) Ranau akan mengadakan sambutan Hari Keluarga ‘Pisaka’ peringkat daerah di Dewan Marandawi Kg.Tungou di sini pada 25 Disember bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam akan diserikan dengan pelbagai acara termasuklah Cabutan Keluarga Bertuah, Sukan-Nika kategori dewasa dan kanak-kanak.
Pengerusi Pisaka, Nasimin Bin Yantangon berkata, perasmian majlis itu dijangka disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun.
Menurut Nasimin, majlis yang diadakan setiap tahun itu adalah antara inisiatif dan landasan untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan silaturrahim dikalangan ahli keluarga keturunan Pisaka agar tidak hilang ditelan zaman.
“Menerusi persatuan keluarga ini, diharapkan ahli keturunan Pisaka yang terpisah jauh di merata tempat di Malaysia khususnya Sabah akan dapat dihimpunkan semula seterusnya bermesra serta berkenalan antara satu sama lain”, jelas Nasimin ketika ditemui selepas mempengerusikan satu mesyuarat di Kg.Tungou baru-baru ini.
Menurutnya, terdapat tiga komponen keluarga Asas dalam keluarga Pisaka iaitu, keturunan Berigid, Didon dan Dekoi.
“Kita mengharapkan kepada mereka yang ada kaitan dengan persatuan (Pisaka), agar dapat hadir ke majlis tersebut”, tambah Nasimin.