24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau, 7 Ogos

MAJUS MUNSING

RANAU: Sambutan Hari Guru peringkat daerah ini akan diadakan pada 7 ogos bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Wen di sini.


Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, selaku Pengerusi Pelaksana majlis, Majus Munsing berkata, majlis yang bermula 8 pagi akan dirasmikan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr. Mistirine Radin.

Katanya, antara pengisian utama pada majlis itu ialah penyampaian anugerah kepada para penerima terdiri warga pendidik di daerah ini selain anugerah dalam beberapa kategori.

“Antara anugerah yang akan disampaikan ialah Anugerah Tokoh Guru dan Anugerah Tokoh Kepimpinan, Anugerah Guru Inovatif (SR/SM), Guru Cemerlang Pendidikan Khas (SR/SM), Guru Cemerlang Pemulihan Khas (SR), Anugerah Bakti Pedalaman.

“Anugerah lain termasuklah Anugerah Keceriaan Sekolah (SR/SM), Anugerah Prasekolah Sumbang Bakti Sekolah (SR/SM) dan Anugerah Khas PKP (e-Pembelajaran dan Luar Talian),” katanya.


Menurut Majus, sejak April hingga Julai lalu, pelbagai acara Hari Guru turut dijalankan seperti Forum Hari Guru (Bersemuka dan Online), Ziarah Keranamu (Melawat rakan-rakan guru yang kurang sihat), Program Derma Darah yang berjaya mengumpul 201 pain Darah kepada Tabung Darah Hospital Ranau dan Program Senamrobik pada pagi 7 Ogos.


Dalam pada itu, Majus mengharapkan sambutan bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ diminta kepada guru-guru yang menerima jemputan ke majlis tersebut supaya hadir lebih awal demi melancarkan pelaksanaan program.


“Saya mengharapkan kepada semua guru yang akan hadir supaya mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pemakaian Pelitup Separuh Muka dan mengamalkan penjarakan sosial”, tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN