Datuk Robert bersalaman dengan para tetamu pelbagai kaum yang berkunjung sempena majlis rumah terbuka hari raya di kediamannya diBuang Sayang Bingkor
Oleh: Francis Andin
KENINGAU: Sambutan hari raya Aidilfitri yang memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum saling kunjung mengunjungi, mampu menterjemahkan konsep Malaysia Madani yang menekan 6 rukun antara lain kesejahteraan dan rasa hormat antara satu sama lain.
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik@ Nordin berkata selain sambutan yang meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat , oramg ramai juga berpeluang bertemu pemimpin dan juga rakan taulan sanak saudara dan juga ahli keluarga yang tidak dapat bersama sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pendemik Covid19.
“ Kita amat bersyukur kerana pada tahun ini kita dapat merayakan hari raya dengan suasana yang meriah seperti beberapa tahun lalu sebelum Covid19 dan ini memberikan kesempatan kepada semua untuk bertemu dalam suasana perayaan untuk semua”katanya ketika ditemui sempena rumah terbuka di kediamannya di Kampung Buang Sayang Bingkor dekat sini.
Pada masa sama Robert yang juga Ahli dewan Undangan Negeri Bingkor, mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan gaya hidup sihat dalam memastikan penularan Covid19 dapat di hindarkan dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan kerajaan dari masa kesemasa.
“ Saya percaya kita semua masih mengamalkan beberapa amalan baik dalam pencegahan covid19, terutama amalan menjaga kebersihan dan keselamatan dimana saja berada supaya kadar penularan covid19 ini terus dapat dibendung dan kita akan kembali kepada kehidupan normal”katanya.
Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui merakamkan kesyukuran kerana raya pada tahun ini sambutan amat meriah.
Johnny Rudlof 48, berkata suasana yang meriah memberikan kepelbagaian dan keunikan pelbagai kaum yang hidup harmoni dan sejahtera.
“ Kita yakin kehidupan yang aman damai serta semangat kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum bagaikan keluarga ini adalah kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan terus makmur”katanya.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitjngan, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng, Mantan Adun Liawan Datuk Sairin Karno serta pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan.
Caption
- Datuk Robert bersalaman dengan para tetamu pelbagai kaum yang berkunjung sempena majlis rumah terbuka hari raya di kediamannya diBuang Sayang Bingkor
- Datuk Dr Jeffrey, Datuk Robert bersama sebahagian tetamu pelbagai kaum yang hadir dimajlis terbuka hari raya di kediamannya diBuang Sayang Bingkor
- Robert bersama sebahagian masyarakat kaum Tionghua yang hadir