27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SAIP antara inisiatif galakan dilaksana oleh SEDIA untuk usahawan

Dr. Joachim (depan/tengah) mendengar penerangan seorang kakitangan dalam rangka lawatan kerja ke SAIP, Kimanis kelmarin.

PELBAGAI inisiatif galakan keusahawanan dilaksanakan oleh Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) yang antaranya mewujudkan serta membangunkan Presint Industri AgroSabah (SAIP).

Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyambut baik usaha yang dijalankan oleh SEDIA.

Katanya, ‘”matlamat SEDIA adalah membangunkan usahawan agrotani melalui penyediaan kemudahan seperti inkubator, lot pemprosesan hasil pertanian, serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), saya menyambut baik usaha ini dan para usahawan tempatan perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin.”

Program Agro-SAIP ini terletak di Kimanis dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pembangunan usahawan. Projek ini adalah berlandaskan agro-industri di mana kumpulan sasarannya adalah usahawan tempatan di sektor pertanian dan industri asas tani.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN