24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SABAH SAMBUT BAIK TITAH AGONG

BUNG MOKTAR RADIN.

KOTA KINABALU : Umno Sabah menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Ketuanya, Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga menjunjung titah Seri Paduka dalam menangani ancaman wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya Umno Sabah memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha berkenaan.

“Kami menjunjung kasih di atas keputusan Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-Raja Melayu yang menolak permohonan pengisytiharan darurat” Katanya

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berpendapat tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan memerangi wabak Covid-19.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah itu,sebagai mana yang beliau jelaskan sebelum ini perbelahan politik (gencatan politik) perlu dihentikan segera ketika negara berhadapan dengan ujian penularan Pandemik Covid-19 khususnya di Sabah yang menampakan perkembangan yang amat membimbangkan.

“Ketika ini, kita perlu berganding bahu tanpa mengira kerajaan atau pihak pembangkang untuk bersama memerangi penularan semula pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan kerencatan usaha pemulihan ekonomi,” katanya.

Dalam masa yang sama Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berharap penolakan cadangan darurat tersebut pihak pembangkang tidak seharusnya membuat kenyataan-kenyataan sinis seperti “meneguk di air keruh” dengan mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhayaddin Yassin meletak jawatan atas alasan moral ekoran penolakan tersebut.

” Jika mereka menghormati titih ke bawah Duli yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agung mereka perlu ikhlas dan berjiwa besar termasuklah menyokong pembantangan Bajet 2021 yang bakal dibentangkan pada 06 November ini demi kepentingan negara dan rakyat ” jelas Bung.

Tambah Bung dalam setuasi sekarang apakah perlu Perdana Menteri berundur sedangkan kepimpinan beliau diperakui oleh Yang Di-pertuan Agung dalam mengemudi negara menghadapi cabaran semasa terutamanya penularan Wabak Covid-19.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno tuntutan beberapa pihak yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatan atas alasan moral dari penolakan cadangan kerajaan mengistiarkan darurat hanya untuk memuaskan nafsu beberapa pihak tapi tidak menjamin kemelut politik negara berakhir,malah ianya akan lebih bercelaru.

” Kita tidak menolak wujudnya beberapa kelemahan tapi ianya masih boleh diperbaiki berbanding dengan apa yang ditunjukan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan sebelum ini” Katanya

Sehubungan dengan itu Bung mengajak rakyat tanpa mengira agama bangsa dan fahaman politik agar menghomati keputusan Yang Di-pertuan Agung agar kestabilan dan keamanan negara perlu terus dipelihara terutamanya dalam mendepani cabaran Pandemik Covid-19 dan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN