27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah merekodkan kes positif baharu COVID-19 terendah hari ini

MASIDI -gambar fail

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kes positif baharu COVID-19 terendah bagi hari kedua berturut-turut di Sabah yang dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kes ini adalah terendah pernah direkodkan di Sabah sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda negara pada penghujung September tahun lalu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan II memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya, hari ini.

Beliau berkata, Nabawan mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 11 kes.

Sementara itu Tawau, Kalabakan dan Keningau masing-masing mencatat 7, 6 dan dua kes.

Manakala tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Sipitang dan Tambunan masing-masing mencatat satu kes dan 20 daerah di negeri ini mencatat sifar kes.

Walau bagaimanapun katanya, rakyat diingatkan tidak terlalu leka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN